Sunday, March 18, 2018

Bahagia

Bahagia tu bilamana kau rasa selesa dengan keadaan. Apa kau buat, kau rasa seronok. Takde ape yang menghalang. Bila kau happy, apa kau buat menjadi. Kau tenang. Ada ketika boleh dikongsi. Ada ketika tak. Sebab tak semua faham erti bahagia kita rasa. Mungkin diorang akan tafsir lain lalu timbul perasaan iri hati. Betul. PHD tu semua orang ada. Tunggu masa nak guna. Kadang salah guna, makan diri sendiri. Tak boleh tengok orang lebih. Buat taktahu je lah. At the end diorang yang rasa benda tu takpatut.

Monday, March 12, 2018

Sakit

Tak dapat digambarkan mcm mana rasa sakit bila  ditunggu sampai kecewa. Terpejam seketika namun bangun terus mencari. Kecewa. Kecewa yang dijumpai. Mungkin ini rasanya. Rasa yang harus terbiasa. Bila punya masa terluang tidak pula diluang. Bila punya masa sedikit lagi lah tidak mampu dicelah. Tidak sama seperti dulu yang harumnya seakan selamanya. Mungkin hanya fatamorgana. Sandiwara dunia. Sandiwara perasaan.

Friday, March 9, 2018

Rindu

Ada kala kita rasa ada rindu yang tak tertanggung. Nak abai, masih bersisa. Nak rindu, tidak berbalas. Terlalu sibuk. Kadang pujuk hati supaya sabar. Pujuk hati untuk terus senyum melangkah, positif, positif, positif. Ada masa, ada ketika bukan sentiasa untuk kita. Ada masa perlu diletak tepi seketika. Mungkin. Belajar untuk berjauhan. Disekat masa, disekat jarak. Nak merajuk? Terlalu penat. Sendiri pujuk. Takde mase lah nak gaduh kicik munya hal. Cuma, aku rindu.  Sedikit protes mungkin boleh. Sedikit lah.

Wednesday, January 24, 2018

Pegang satu nama simpan dalam hati

Kenapa susah nak setia? Kenapa selalu nampak ada orang lain lebih baik? Kenapa selalu ada yang beri perhatian lebih? Kenapa? Kenapa?

Memang tak dinafikan bila kita dah ada yang punya kat hati ni, japjapgi mesti ada punya yg nak menyinggah. Kadang2 guna ayat "...kawan aje..." Kalau mmg dari dulu lg dah kawan takpe jugak. Ni baru nak berkawan dah ade perasaan suka.

Benar kata orang setia tu mahal. Tak semua org boleh buat. Selalunya bila kita sendiri tak ikhlas dengan perasaan kita, tu yg jd mcm gini. Check balik yg kita ni sukakan seseorang tu sebab apa.

Cinta bukan murah. Mahal sampai tak boleh beli dengan duit. Kalau sbb duit kita pilih seseorang tu, jgn pelik kalau nnti Allah uji kita dengan duit jugak. Kalau sbb rupa kita pilih seseorang tu, jgn pelik kalau nnti Allah uji kita dengan rupa jugak.

Bilamana kita nampak ada orang lain yg lebih baik dari apa yg kita ada, tu maknanya kita tak bersyukur dengan apa yg kita ada. Yedak? Perubahan tak salah tapi tamak tu yg salah. Jangan sampai dikejar tak dapat yg dikendong berciciran. Ambik cermin, cer cermin diri tu. Layakkah kita nak itu nak ini tapi diri sendiri pun haukkkkkkk.

Terima seseorang tu seadanya. Belajar utk terima kekurangan org lain in sha Allah bahagia tu milik kita. Doa banyak2 supaya Allah tetapkan hati kita and mudahkan urusan kita. In sha Allah.

Wednesday, January 10, 2018

Where I have been?

Hai assalamualaikum. Macam biasalah kan. Dah lama tak menulis dah lama tak share things. So how's life? GREAT. I'm doing great. Maybe. Or just not. I don't know. Asyik terbantut je when I wanted to write a post. So now here it goes. I have two things that I wanna share here. First thing first is about what had happened on my skin for the past six months and till now. I had very bad skin day. It was so hard for me and I could say that I was at my lowest. I was so down and afraid to meet people. Why? Because Everyone who sees me they will definitely ask why and what happened and even worse they directly said " TERUKNYA MUKA " So, what to do? If they say any other thing pun, my face was not getting better by listening to them. Pegi keje tempek bedak as if it would help to cover the breakouts. Pointless. Nampak jugak. Yang nyata is just my confident. It was built up a bit. Bolehlah kalau nak hadap org hari-hari. But when it comes nak solat dekat surau, kena cuci muka, then you know how hard it could be. People will stare at my face and kalau yang jenis diam tu takpelah. Kalau yang jenis bercakap benda2 yang menyakitkan hati? Yes. HADAP je lah. Tapi stress tu Allahurabbi. Okay mesti korang tertanya-tanya kan kenapa boleh jadi mcm ni kan. So okay kat sini I will share it. Malas dah nak jawab pertanyaan2 orang. Hahaha. 


Since secondary school, Form 3 if I'm not mistaken, my skin started to have acne. So dia attack dekat bahagian dahi SAHAJA. Time tu pun tak pernah guna any facial cleanser. Then my mak tengok and said we needed to do something. So she went and bought me Safi Aloe Vera Cleanser and Safi Aloe Vera Day Cream. By using that until I masuk university, kulit memang clear. Takde problem dengan jerawat. By day, during my 2nd semester Safi punya product dah tak lut dah dengan kulit muka ni. Jerawat mula menyerang lepas cuba itu ini. Sampai lah satu masa ni my roommate perkenalkan this one local product that she had been using and it really work on her skin. But, the product was quiet costly for me yang student ni. RM120 utk 3 barang which are the soap, the day cream and the night cream. Nak tak nak just give it a try kan. A week pakai rasa muka tegang and jerawat semua kecut. 3 bulan pakai jerawat dah segan nak naik so tinggal parut je. Kulit takpayah cakap lah dia jd makin putih. Putih dari tangan dah kenape engko ghaseeee?? Haha. So I continue lah pakai all this while sampai lah dah keje ni. Baru realized yang product tu sama je mcm product yang lain which is diorang guna krim kilo. GILA! 


Bila difikir-fikir balik, sampai bila nak continue pakai product mcm ni. Effect kat mase depan nanti mcm mana pulak kan. So I stopped. Tahun lepas bulan 3. So lepastu guna je lah product drugstore ade kawan suggest. St. Ives. So tengok mcm affordable kan, so I bought two which are the scrub and the cleanser. Gila apa. Both jenis ade beading. So bila guna, mmg sgt tak sesuai dengan my skin sbb my skin kan dah of course lah makin nipis then bila guna that thing bertambah tambah lah irritation nya kan. So I stopped. Pakailah pulak product terkemuka. MARY KAY. The botanical effect set no.3 sebab my skin is oily type. Once pakai MK, jerawat besar2 keluar. Dah taktau dari mana asal usul. Belambak weh and they said it is a normal thing sbb sblm ni kan I used the local one which may contain mercury and other harmful stuff. So bg kurangkan kemunculan jerawat2 yang hanat itu, so I went to the pharmacy and I bought Dalacin-T. Product MK tu pulak I just use the cleanser and the mask sbb maybe the moisturizer and the toner are not suitable for me. LAlhamdulillah my face is getting better. Bila dah pakai MK ni, nak beli kena order and lambat dapat masatu. So sementara nak dpt tu, I went to buy clenaser from Himalaya sbb member rumah pakai muka dia okay. It was CRAP! Keluar lagi menggila. And at that time, MK pun tak jadi apa dah. 


So I shared my problems with my sister. She suggested me to go to the clinic and meet her doctor. So I started to meet the doctor starting in July. Using the product that the doctor gave and again, it was no progress. Macam lagi beranak pinak semua. Subur. Lepastu doctor suggested me to do a peeling. So I agreed. Sekali dua buat, okay. kali ketiga and seterusnya bertambah lagi jerawat. Sampai doctor pun geleng kepala kenapa jd smpai mcm ni kan. Dua kali dia tukar ubat. so he can see the progress and dia pernah cakap my face will get cured BUT it will take time. He is true. Mmg ambik masa. I dah sampai tahap sabar yang maximum dah ni. Bukan tak cuba other thing. Ada jugak. Search kat internet itu ini. Orang pakai kunyit kat muka kita pun ikut. Tapi tak jadi jugak. So now alhamdulillah my skin is getting better. Cuma tinggal parut and jerawat naik satu dua tua kira normal lah kan. So later kalau my skin dah clearly fine, I will share pulak what helps me curing my face. Stay tuned guys! Love ya <3
 

Saturday, September 16, 2017

How time flies...

Berapa bulan dah tak menulis. Apa2 rasa lebih banyak simpan. Bila kita mencapai sesuatu umur,  kita akan rasa sesuatu tu lebih baik disimpan. Belajar untuk observe dulu. Then we can analyse. Berapa byk benda that I've learned throughout this time. Not all of the things we can share with others. Some may understand and some may not. When we see things happen depan mata kita, then kita akan rasa, mcm mana lah nanti or things that we had faced it once and kita akan rasa, kita dah lalui. Pengalaman tu mengajar bukan melemahkan. Menguat bukan menghentikan. Permulaan bukan pengakhiran. Bila kita diduga, dan kita rasa kita sedih samgat2, ingat Allah sebaik baik perancang. Yes, I took like months and almost a year to recover, to have this kind of supports. Friends and family. Alhamdulillah  ALLAH dah susun baik sesuatu perjalanan tu. Berlari lari kita mengejar. Rupanya dia dah letakkan satu pertemuan di saat kita terjatuh dalam mengejar yang sedikit pun tak menoleh pada kita. And then I've learned to accept and appreciate. Bilamana ALLAH uji sebelum ini bukan saja2. ALLAH wants me to learn. Semoga diri ini lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Ditemukan dengan seseorang yang menenangkan dan membimbing dgn penuh hikmah. Doakan yang baik2. InshaAllah good news will be coming soon 😉

Friday, February 10, 2017

Terima Kasih!

Okay alright. For this post nothing so much to say. Just a thank you. A special thanks for the one who 'treat' me right. Sometimes kebahagiaan yang kita rasa pada sesuatu masa tu bukanlah kunci untuk kita terlalu bermegah. Sampai masa kita akan rasa macam mana dekat bawah jugak. :)